Saturday, July 21, 2012

ARAH


1. Arah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Arah dapat ditentukan berpandukan:
(a) arah matahari terbit dan terbenam;
(b) bintang-bintang pada waktu malam;
(c) arah mata angin kompas.
3. Arah mata angin utama dalam kompas megnetik ialah utara(U),timur(T)selatan(S), dan barat(B).
4. Arah mata angin perantaraan antara empat arah mata angin utama termasuklah: 
(a) timur laut, iaitu antara utara dengan timur;
(b) tenggara, iaitu antara timur dan selatan;
(c) barat laut, iaitu antara utara dan barat;
(d) barat daya, iaitu antara barat dengan selatan.

5. Untuk menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari, tangan kanan bolehlah dihalakan ke arah matahari terbit. Dengan berbuat begitu, seseorang akan menghadao ke utara, dibelakangnya selatan, tangan kiri menunjuk ke arah barat dan tangan kanan menunjuk ke arah timur.
6. Arah mata angin dapat ditentukan dengan lebih mudah dengan menggunakan kompas magnetik.
7. Kompas ialah sejenis alat yang dibuat daripada logam. Jarumnya dibuat daripada magnet.
8. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dan Kutub Utara Bumi.
9. Panduan menggunkan kompas di lapangan:
(a) Pilih satu titik rujukan.
(b) Letakkan kompas magnetik pada permukaan yang rata.
(c) Pastikan tiada besi atau magnet yang memesongkan jarum.
(d) Orientasikan kompas, pusingkan kompas magnetik ke huruf U dan bertindan dengan jarum.
(e) Tentukan arah objek.

Pengenalan

1. Bearing ialah arah sesuatu objek atau tempat yang diukur dari sesuatu titik rujukan.
2. Bearing dapat menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat dengan tepat.
3. Bearing dinyatakan dalam nilai sudut atau darjah(o).
4. Kompas magnetik dapat digunakan untuk mengukur bearing sesuatu tempat.

Bearing Sudutan
1. Bearing ialah arah sesuatu objek atau tempat yang dinyatakan dari titik rujukan lain.
2. Bearing diukur dalam unit darjah (0).
3. Terdapat dua cara mengukur bearing iaitu bearing sudutan/azimut dan bearing sukuan.
4. Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari arah utara (0o mengikut pusingan jam hingga 360o.
5. Bearing sudutan bagi empat mata angin utama iaitu, utara (0/360o, timur (90o), selatan (180o) dan barat (270o).
6. Bearing sudutan bagi empat mata angin perantaraan ialah:
(a) Timur laut antara utara dengan timur (45o)
(b) Tenggara, antara timur dengan selatan (135o)
(c) Barat daya, antara barat dengan selatan(225o)
(d) Barat laut, antara utara dengan barat (315o)
7. Bearing sudutan boleh diukur dengan menggunakan kompas dan jangka sudut.
8. Langkah-langkah mengukur bearing sudutan dengan menggunakan jangka sudut.
(a) Lukis garis lurus untuk menghubungkan titik X dan Y.
(b) Lukis garisan utara-selatan melalui titik supaya selari dengan arah utara yang ditandakan dalam peta.
(c) Jangka sudut diletakkan tepat pada garisan utara-selatan di titik X.
(d) Baca nilai sudut mengikut pusingan jam.
(e) Bearing sudutan titik Y dari titik X ialah 105o.


Cara Menggunakan Bearing Sudutan Dengan Menggunakan Jangka Sudut.
1. Terdapat dua kaedah untuk mengukur bearing iaitu
(a) mengukur bearing sudutan kurang daripada 180o
(b) mengukur bearing sudutan yang melebihi 180o
Contoh Soalan: Nyatakan bearing sudutan A dari Q.
Langkah 1: Lukis garisan lurus dari Q ke A.
Langkah 2: Garisan melalui titik rujukan Q.
Langkah 3: Letakkan jangka sudut tepat di atas garisan utara-selatan. Pastikan titik tengah jangka sudut bertindih dengan Q.
Langkah 4: Ukuran sudut mengikut pusingan jam yang dibaca pada jangka sudut ialah 55o. Oleh itu, bearing sudutan A dari Q ialah 55o


Contoh Soalan: Nyatakan bearing sudutan B dari Q.
Langkah 1: Lukis garisan lurus dari Q ke B.
Langkah 2: Lukis garisan lurus utara-selatan pada titik rujukan di Q.
Langkah 3: Letakkan jangka sudut di sebelah timur garisan utara-selatan dan dapatkan bacaan 180o
Langkah 4: Bagi mengukur sudut yang melebihi 180o, letakkan jangka sudut di sebelah barat garisan utara-selatan.
Langkah 5: Dari garisan utara-selatan, ukur sudut ke B, Ukurannya ialah 135o
Langkah 6: Bearing sudutan B dari Q diperoleh dengan mencampurkan 180o dengan 135o iaitu 315o

1. Jangka sudut digunakan untuk mengukur bearing di atas peta.
2. Titik rujukan iaitu lokasi pertama dikenal pasti terlebih dahulu.
3. Penunjuk arah mata angin dilukis di atas titik rujukan dengan tepat.
4. Satu garisan lurus dilukis dari titik rujukan kepada objek yang hendak diukur.
5. Jangka sudut diletakkan di atas titik rujukan.
6. Nilai bearing dikira bermula dari arah utara mengikut pusingan jam ke arah garisan lurus yang menghubungkan titik rujukan dengan objek.